Monday 21 July 2014

Novel Review : Koleksi novel karya Siti Rosmizah

Assalamualaikum dan hai...


Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Saya di sini sihat selalu. Bunyi macam kata pengenalan dalam surat tak rasmi je kan? kekeke. Dah lama tak tulis surat tak rasmi. Iyelah zaman sekarang mana main tulis-tulis surat dah. Hantar text atau whatsapp lagi cepat kan? 

By the way, disebabkan saya ni hantu novel jadinya, saya nak review novel-novel yang menarik minat saya. Dah baca sampai habis satu novel tu baru tahu jalan ceritanya best atau tak. Kalau baca sinopsis saja tak jadi. Kadang sinopsis gempak habis tapi jalan cerita tak seberapa. Ada jugak sinopsis yang biasa-biasa tapi jalan ceritanya memang awesome. Dan jangan menilai buku pada luaran je tau. 

Saya paling suka baca novel-novel karya Siti Rosmizah. Semua karya beliau memang gempak, awesome dan daboommm lah. Daripada novel pertama beliau, Andai Itu Takdirnya sampai lah novel yang terbaru memang tak pernah mengecewakan. Kadang dapat teka ending tapi jalan cerita tu yang membuatkan beberapa kali salah assume pasal ending. Saya dah beli semua novel-novel beliau kecuali novel yang ke lima. Dah baca yang kawan punya tapi belum beli lagi sebab bila pergi kedai buku selalu tak ada sampaikan terlupa. hehehe

Okay meh sini saya review novel-novel karya Siti Rosmizah daripada novel beliau yang pertama hinggalah yang terkini. Oh ya untuk novel yang pertama dan ke dua, beliau keluarkan karya di bawah buku Prima. Sekarang beliau dah ada syarikat sendiri iaitu SR Publication. 


Andai Itu Takdirnya

Dah baca novel ni banyak kali jugak lah. Part sedih tu memang tak mengalir air mata memang tak sah even dah baca berulang kali. Sedih dan sakit hari baca novel ni. Penuh dengan emosi. sobbbsss

Perkahwinan yang tidak terduga antara Aleya dan Syes Aizril membuatkan Aleya hidup terseksa. Dia di buang keluarga. Pasrahkan dia?

"Jangan slaah faham Puan Sti. Kemaafan yang diberik tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadu yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di disisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu takdir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

Cinta Kau dan Aku

Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver?"marah Mak Timah

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius


Lafazkan Kalimah Cintamu

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetakan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematian isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Setelah tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya. Namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.


7 Hari Mencintaiku

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!” 

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. 


Takdir Itu Milik Aku

Dia Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gadin telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semual. Dian telah ditipi dengan janji manis seorang lelaki. janji untuk membahagiakan dirinya hanyalah dusta belaka.


Curi-Curi Cinta

"Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah org tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar Tuhan panjangkan umur Abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari Abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!'



Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Berlagak! Sombong! itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara, dan kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Danial Hakim harus menjadi milinya!

"Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya. sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!" Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan Tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.

"Saya akan bertanggungjawab, Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya." Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!.

"Kau ingat aku nak percaya lagi certa bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakankau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu kepada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.


Cukup Derita Itu

Ellani dan Ellana, kembar seiras yg tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.


"Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kalau kau berani lagi melawan aku. Aku sagat2 muka kau dengan berus dawai! Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!" hamun Mak Ngah Gayah.


Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!


Zarul Zahran lelaki tampan yg berkerjaya sebagai seoang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan Ellana bolehkan mati dalam hatinya.


Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya, Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ni? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yg hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!


Namun, demi kebahagiaan seorang yg telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.


Dendam yg berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani.Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani di seksa. Jiwanya merana.


"Ellani Binti Rashdan, aku Zarul Zafran Bin Dato' Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau!


Hebat lelaki ini! Hanya melalu SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya.


"Allahuakbar! Mak kenapa dia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah!. Kuatkan imanku menghadapi dugaan Mu ini! Raungnya.


Ellani..cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yg dijerit dalam hatinya. 


Kesimpulannya semua novel karya Siti Rosmizah memang terbaikkk! Actually, saya baru habis baca novel terkini karya beliau. Tebal dalam seribu lebih muka surat jugak lah. Tapi tak mengecewakan. Korang apa tunggu lagi? Dapat kan kesemua karya Siti Rosmizah. Confirm tak menyesal :)

2 comments:

afzalsukasuki said...

eh eh blog baru ye? :) saya dah lama meninggalkan arena pe'novel'an huhu :)

Bdw selamat hari raya, maaf zahir batin :)

Liyana Shamsuddin said...

Aah blog baru. hehehe. Dah lama tinggalkan dunia novel tapi your cerpen memang awesome :D

Selamat Hari Raya Jugak :D