Friday 22 August 2014

Nukilan kasih buat MH17

Assalamualaikum dan hai...


Credit image to Google

Pergilah
Kerana itu takdir kalian
Yang Maha Berkuasa telah memanggil
Pergilah 
Semoga tenang kalian disana
Dunia mendoakan kesejahteraan kalian
Kami terkejut
Kami tergamam
17 Julai membawa berita duka
Kami menangis
Kami berdoa
Berharap ianya satu pembohongan
Namun
Jasad-jasad tanpa nyawa disana sini
Membuktikan ianya bukan satu kepalsuan
Kami bersyukur
Masih ada tanda untuk kami ziarahi
Masih ada tanda pelepas rindu
Tenanglah wahai kalian disana
Sejahteralah kalian disana
Hari ni 22 Ogos bersamaan 26 Syawal
Jasad-jasad kalian kembali ke tanah air
Dapat kami solatkan kalian untuk terakhir kalinya
Dapat kami menyempurnakan jasad kalian dengan baik 
Tabahlah wahai  keluarga
Perancangan Allah tiada siapa yang tahu
Tiada siapa yang dapat menjangka
Istimewanya kalian
Beruntungnya kalian
Satu dunia mendoakan kalian
Satu dunia tangisi pemergian kalian
Satu dunia merasa kehilangan kalian
Satu dunia menghormati pemergian kalian
Masyarakat berkumpul solatkan kalian
Kami juga bakal menyusul
Bila dan bagaimana caranya?
Tidak kami ketahui
Tunggulah kami disana
Salam akhir salam kasih daripada kami
Tenanglah kalian
Sejahteralah kalian
Bertemu lagi kita disana
Kepada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali
AlFatihah



Nukilan kasih : Liyana Shamsuddin

Sunday 17 August 2014

Blueberry oreo cheese cake (Tak payah bakar)

Assalamualaikum dan hai...


Malam Khamis yang lepas aku try lah buat cheese cake tanpa bakar ni atas permintaan mak. Selalu sebut-sebut tapi tak buat pun so hari tu buat lah. Kesian plak kat mak kan. Lagi pun cheese cake ni tak payah bakar pun. Tersangat senang nak buat.  Bahan-bahan pun sikit je dan senang nak dapat. So aku nak kongsi resepi blueberry oreo cheese cake. Blueberry tu nama tambahan aku bagi sebab topping dia aku gunakan jem blueberry. 


Bahan-bahan:
Biskut Oreo atau biskut Marie atau biskut Digestive 
1/4 cawan butter atau Marjerin 
250gram cream cheese
200ml whipping cream
3/4 cawan gula kastor (ikut kepada kemanisan sendiri kalau rasa manis kurangkan)
1 sudu tea esen vanila (nak letak esen lain pun boleh)
Gelatin masakan jenama halagel (2-3 sudu besar) (first try aku tak masukkan so second try nanti saya akan masukkan)
1 sudu tea pewarna (tak masukkan pun tak pe. Ikut kreativiti masing-masing. Aku masukkan pewarna hijau :p)

Cara-cara:
Base
1. Masukkan biskut ke dalam plastik dan hancurkan sehingga menjadi crumbs. Kalau nak senang beli terus crumbs oreo di kedai barangan kek macam aku :p
2. Cairkan butter atau marjerin
3. Gaulkan butter atau marjerin yang telah dicairkan bersama dengan crumbs.
4. Mampatkan crumbs yang telah digaul dengan butter ke dalam bekas
5. Masukkan bekas yang berisi crumbs ke dalam peti sejuk (anggaran 20 - 30 minit)

Crumbs oreo yang telah digaul dengan butter dan ditekan dalam bekas.
Adik cakap macam jalan tar -.-

Fillings:
1. Putarkan cream cheese dan gula kastor sehingga kembang.
2. Masukkan whipping cream dan esen vanilla.
3. Masukkan gelatin yang telah dicairkan.
4. Apabila semua dah kembang, masukkan crumbs oreo (tapi bukan yang digaul dengan oreo ye. Tak nak masukkan pun tak pe)
5. Kemudian tuangkan fillings ke atas base (hentak sikit bekas bagi fillings tu mampat)
6. Hias dengan oreo, coklat, jem (aku hias dengan jam blueberry)
7. Masukkan dalam peti ais dan biarkan selama 6 jam atau sebaiknya semalaman (aku buat malam dan esok dan boleh makan)

Filling dan jam blueberry


Berfungsi sebagai pemekat dan mengenyalkan kek
Orang biasa guna buat agar-agar
Cara guna: 
Cairkan serbuk gelatin menggunakan air panas


Filling yang dah dimasukkan ke atas base

Topping blueberry jam. Comot sebab tak letak gelatin

Satu bekas untuk bos. Satu bekas untuk si dia :p

Actually aku ambik resepi hasil daripada pertanyaan kepada Uncle Google. Aku ubah sikit ikut cita rasa sendiri. Aku tak ambik gambar step by step sebab nak cepat siapkan. Masa tu penat baru balik kerja. hehe. Selamat mencuba :D

Credit recipe to: Oreo Cheese Cake Tanpa Bakar


Monday 11 August 2014

Review makan-makan

Assalamualaikum dan hai...


Aku suka makan tapi aku tak makan daging dan kurang makan makanan yang pedas. Kecik-kecik dulu boleh makan daging tapi bila dah meningkat umur ni badan jadi mengada plak. Bau daging pening. Makan daging pening. Tapi takkan muda-muda ni ada darah tinggi kot kan? Nanti-nantilah doktor akan jumpa aku bukan aku pergi jumpa doktor. hahaha. Kadang boleh tahan pedas kadang pedas yang tak tahan dengan aku jadinya perut akan dipersalahkan. Bila makan makanan pedas mula lah selsema nak menyinggah. Paling tak best ia akan membantutkan selera makan. So kalau makan makanan pedas tak sampai lima minit dah lapar semula. Sadis betul! Aku suka makan sayur tapi aku suka makan ayam jugak. Aku boleh masuk dalam kategori vegetarian tak? hehehe. Housemates Aku pernah cakap aku pilih tomato macam pilih epal. kekeke. Ayat macam buat karangan sekolah rendah bertajuk "Aku dan makanan

Hari ni mood aku nak cerita pasal makanan je. Makanan yang pernah aku makan dan yang aku nak makan tapi belum dapat makan lagi. Hah macam mana tu? Sejak duduk dekat Kedah ni kegilaan pada makanan makin bertambah bertingket-tingket. Kerja nak makan je dan juga tido. kekeke. Korang tahu tak makanan dekat Kedah seriously murah-murah dan sedap! Tapi bab sedap tu kena pandai pilih tempat jugak lah. Overall tempat makan yang aku selalu pergi memang disajikan dengan makanan yang sedap dan harga berpatutan. Tak percaya eh? Hang mai Kedah baru hang percaya. 



Duduk dekat Kedah duit banyak habis dekat makanan je. Kos hidup dekat sini rendah so dapatlah berjimat cermat. Simpan duit untuk kawen dua tiga tahun lagi. Eh. hahaha. Dua tahun lagi nak habis belajar oiiii. Bila nak kawen ni? Okay bai lari topik. :p

Aku suka makan spaghetti bolognese yang mak aku buat dan sekarang aku pun dah pandai buat spaghetti bolognese macam mak aku buat tu. Ni resepi spaghetti bolognese homemade. Nanti korang cuba buat ye. Senang je nak buat.

Aku suka makan tomyam dan sayur kailan ikan masin. Dua-dua aku dah pandai masak sendiri tapi air tangan mak aku lagi sedap lah. Biasa kalau makan dekat luar memang tak lengkap makan tomyam tanpa sayur kailan ikan masin. Tapi tapi tapi ada sesetengah kedai aku order sayur kailan ikan masin tapi dapat sayur baby sawi ikan masin. Aku jenis yang malas nak bersoal jawab so makan je lah. Tapi banned terus kedai tu. hehehe.

Spaghetti carbonara yang sedap aku pernah makan dekat Restoran & Kafe Santai, Tanjung Lumpur Kuantan. Memang sedap spaghetti carbonara dekat situ. Restoran tu bukak dari petang sampai malam. Satu lagi dekat Palm Tree Coffee House, Kuantan pun best jugak carbonara tapi kering sikit lah. Dekat Santai carbonara dia ada kuah.

Sape suka makan ikan keli goreng? Mai datang Lembah Bujang, Sungai Petani Kedah! Kedai tu namanya Anjung Warisan berhadapan dengan MRSM Merbok. Ikan keli goreng dekat sini memang sedap. Besar, rangup, sedap dan murah. Tak silap harga RM3-RM4.50 kot. Biasa makan dengan nasi sekali so lupa plak harga untuk seekor. Seriously kat sini je aku jumpa ikan keli paling sedap. Biasa kedai-kedai lain jual ikan keli goreng kecik je yang goreng dengan kunyit. Selalunya aku makan nasi kosong, ikan keli goreng, bergedil, kuah tauhu jepun dan kerabu mangga. Dah tak pandang lauk lain dah. Makan hari-hari menu yang sama setakat ni tak muak lagi. Dekat setahun dah kat Kedah jadinya dekat kedai Anjung Warisan memang tu hidangan tetap aku. hehehe

Nasi kukus ada dekat merata tempat sekarang tapi tak semua tempat yang jual nasi kukus yang boleh memikat selera aku sampai duk terbayang-bayang je. First time makan nasi kukus masa diploma dekat KPMIM dulu. Si dia lah yang bawak makan nasi kukus tu dekat Jungle Food Court Kuantan. Nama nasi kukus tu Nasi Kukus Juna. Boleh dapatkan di Indian Town belakang Capital Mall ataupun di Jungle Food Court, Indera Mahkota Kuantan. Tapi kan dekat Jungle Food Court tu selalu ramai orang. Baru je mak cik-mak cik, kakak-kakak, abang-abang dekat kedai tu nak bukak pintu kedai dah beratur sampai ke parking orang menunggu. Hmm okay tipu je. hehehe. Memang ramai orang beratur menunggu tapi tak lah sampai  ke parking. Okay satu lagi tempat yang jual nasi kukus sedap dekat Lembah Bujang Fasa 5 Sungai Petani, Kedah. Nama dia Nasi Kukus Abe sebab Abe tu ore Klate. Kalau makan dekat situ order lah air apa pun semuanya hanya RM1. Nasi kukus plak RM5 sahaja. Apa tunggu lagi. P lah singgah kedai Nasi Kukus Abe tu. Dijamin makan sehingga menjiat tulang ayam. hahaha.


Chicken Chop! Fish and Chip! Nyam nyam sedapnya. Hanya dengan harga RM8 anda boleh makan chicken chop atau fish & chip yang sedap. Mai singgah dekat Sungai Petani ye kalau nak makan. Kedai dia nama Sri Anjung atau Sri Anggun atau Anjung Sri atau Anggun Sri. Maaf ye aku lupa plak nama kedai tu tapi kedai tu tepi jalan je. Jalan nak pergi ke Giant sebelah kiri, kalau straight nak pergi tol Sungai Petani Utara. Eh apa yang duk merapu pasal jalan plak. Selalu fail bagi direction. Tak reti lah nak bagi lokasi kedai tu. Kedai tu memang tepi jalan dan sebelah ada sawah padi. Housemates panggil kedai bendang. Kalau teringin nak makan dekat situ aku akan cakap "Jom makan dekat bendang" Sebab tu nama kedai tu pun boleh lupa. hehehe. Tukang masak semuanya makcik-makcik. Kira orang veteran lah yang pakar masak memasak ni. Gadis-gadis bertudung labuah yang ambik order, kadang ada jugak lelaki yang ambik order tapi jarang nampak. Bukan masakan western je sedap. Masakan panas pun sedap. Harga sangat berpatutan. Kandungan makanan sangat banyak. Rasanya satu pinggan boleh dua orang makan. Selalu je makan tak habis bukan sebab tak sedap tapi banyak sangat. 

Kalau ikutkan memang banyak lagi nak review tapi cukup lah setakat ni dulu. Kemungkinan ada review makan-makan part 2 plak. So stay tune ye. Selamat membaca dan selamat meleleh air liur bagi yang baca entry ni time tengah lapar. kekeke. :D


Sunday 10 August 2014

Online shopping

Assalamualaikum dan hai...

Perempuan & Shopping! Berpisah tiada. Perempuan mana yang tak suka shopping? Tak kisah lah shopping baju, kasut, handbag, accessories, tudung, buku atau apa-apa saja. Aku jenis yang suka gila usha kasut, handbag dan buku. Rambang mata bila nak memilih. Rasa nak semua! Aku suka beli wedges sebab aku boleh jadi tinggi sama level dengan si dia. Tapi takat 3 inch je lah. Tu pun tak dapat nak sama level ketinggian dengan si dia lagi. Dia tu tinggi sangat. Klon Farid Kamil bak kata kawan-kawan dia. kekeke. Baru-baru ni aku beli sandals lagi. Sampaikan mak cakap aku ni memang hidup dengan kasut je lah sebab dalam almari kasut tu ada dua tiga pasang kasut aku. Dekat rumah sewa pun ada tiga empat pasang jugak. hehehe. Beli kasut banyak-banyak pakainya sekali dua je nak-nak lagi wedges. Kalau nak pergi kelas atau jalan-jalan aku lebih suka pakai sandals atau sneakers. Sebab lebih selesa.

Handbag memang suka sangat usha dekat shopping complex atau online. Tapi jarang lah beli handbag sebab yang ada pun banyak tersadai sampai berhabuk. Keinginan nak beli tu sentiasa membuak-buak. Tak pe dah habis belajar nanti boleh le beli handbag dan kumpul banyak-banyak. Senang nak pergi mana-mana boleh match kan dengan baju kan? Aku gila buku! Aku suka baca novel. Tapi dah lama tak beli novel. Aku jenis yang beli dan terus baca. Kalau boleh sehari tu nak habiskan sebuah novel. Bila dah sambung degree kehidupan makin busy. Tak ada masa nak membaca novel. Tapi banyak masa untuk tido! kekeke

Bulan lepas aku jumpa blog kak Namee Roslan. Ada entry dia pasal online shopping dan dia pun selalu beli barang thru online shopping. Ada satu website online shopping tu barang-barang memang murah, cantik dan up-to-date. Aku memang dah jatuh hati dengan website tu! Ada jugak kak Namee letak link dekat entry dia website barangan berjenama tapi dengan harga yang berpatutan. Kira hari-hari ada sale lah. Tapi sale tu hanya untuk 3 hingga 4 hari. Sale hingga 85% you all. 






Aku lagi suka tengok barang-barang dekat Nile sebab murah dan cantik! Dah target lock satu handbag ni. Setiap minggu tengok handbag ni ada lagi ke dah sold sout. Nak beli tapi duit tak masuk lagi so kena tahan nafsu membeli ni. Dekat MySale plak nampak handbag yang cantik dengan design terkini dan harga pun boleh tahan murah. Tapi will end in 10 hours. Huwaaaa tengah duit tak ada lah semua nak cantik dan murah. Tak pe lah tak ada rezeki. Harap lepas ni nampak yang lebih menarik. T_T

So you all tunggu apa lagi? Pergi lah usha link atas tu. Mana tahu ada mana-mana barang yang berkenan. Tapi aku harap you all tak tertarik dengan handbag yang aku dah berkenan lama tu. kekeke. Selama mencuci mata tengok barang-barang online dan selamat membeli jugak. Buat pilihan yang bijak sebelum membuat pembayaran :)

Sakit

Assalamualaikum dan hai...


Lately cuaca semakin panas. Keluar je dari rumah memang berbahang. Eh duduk dalam bilik pun berbahang jugak sebab bilik aku cahaya matahari masuk time tengah hari. Pasang kipas nombor tiga pun tak jadi apa. Terik betul. Jadinya demam, selsema dan batuk senang je melekat. Tambah pula dengan sakit kepala. Aku plak jenis yang kena panas sikit memang sakit kepala. Tu belum lagi tengah panas dengan ramai orangnya dan bunyi bising memang complete untuk sakit kepala sampai ke malam. Kadang sampai dua tiga hari. Sebab tu lah aku jarang pergi tempat yang ramai orang time cuaca panas. Bila dah sakit kepala tu senang je nak marah orang. Salah sikit memang rasa nak mengamuk je. hehehe

Time sakit memang orang akan cari ubat kan? Tapi aku akan jauhkan diri daripada ubat. Nak telan ubat tu ambik masa agak lama daripada orang normal makan ubat. Aku hanya makan ubat kalau betul-betul tak tahan sakit dan kena paksa makan dengan syarat-syarat tertentu. kekeke teruk benor. Makan ubat plak mesti dekat singki dan sediakan segelas penuh air kosong. Agak-agak ubat tu susah sangat nak telan dan pahit ubat tu terasa memang buang terus. Tapi kira makan lah jugak tu kan sebab dah terasa sikit pahit ubat tu. hewwww. 

Si dia suggest makan ubat batuk Hurix's gamat dan madu. Rasanya berangin dan manis-manis madu tapi pekat gila. Telan je lah sebab nak cepat sihatkan. Cuti sem ni pun tinggal berapa minggu je lagi so takkan nak biarkan diri tak sihat. 

 

Ubat ni boleh dibeli di farmasi, seven eleven atau kedai runcit yang ada jual ubat ni lah. Ubat batuk Hurix's Gamat & Madu Plus ni berfungsi untuk mengurangkan kahak, melegakan batuk, sakit tekak, suara serak, panas badan dan selsema. Aku beli dengan harga RM10.90/60ml di farmasi, percuma Lozeng satu paket yang ada 6 biji. Lozeng ni plak berfungsi untuk melegakan sakit tekak, bau nafas, mengurangkan kahak, melegekan batuk dan panas badan. Kira lebih kurang sama fungsinya dengan ubat batuk Hurix's lah. Tapi Lozeng ni dalam bentuk tablet. Cara makan dia macam budak-budak makan vitamin, hisap sehingga cair. 

Ubat batuk Hurix's ni tak buat kita mengantok. Biasa ubat batukkan memang akan buat kita melayang-layang sampai tertido tapi ubat ni tak pun. Rasa segar ada lah. Tu apa yang aku rasa lepas makan ubat ni. Aku beli yang kecik, 60ml. Kena makan 3 hingga 4 kali sehari. Hah terkejut tak? Time baca instruction dekat kotak tu aku sendiri terkejut sebab kena makan 3 hingga 4 kali sehari, tak kira dewasa atau kanak-kanak. Tapi dos untuk dewasa dan kanak-kanak berbeza lah. Tapi kira okaylah sebab tak buat kita mengantok. Si dia makan ubat ni untuk kurangkan panas badan sebab dia tu kalau tak pantang sikit mesti demam. Bukan lah dia pantang mengandung. Lelaki mana mengandungkan. huhuhu. Dia kena pantang sebab ada sakit tonsil. Tak boleh makan daging kambing yang tak fresh (import), ais, cendol dan macam-macam lah. Kesiannnn. 

Musim-musim yang tak menentu sekarang ni kena banyak minum air kosong. Kalau sakit seboleh-bolehnya elakkan makan panadol paracetamol, panadol aktif fast atau panadol soluble. Panadol ni tak elok untuk badan dan ada kajian menyatakan bahawa panadol ni duduk dalam badan kita selama lebih kurang 5 tahun. Ambik panadol berlebihan boleh mengundang penyakit lain seperti buah pinggang. Cuba cari alternatif lain untuk kurangkan kesakitan yang korang alami tu ye. Jaga diri, jaga kesihatan dan ingatlah orang yang sayangkan kita dan orang yang kita sayang. Sekian pesanan aku. Semoga sihat-sihat selalu :)

Wednesday 6 August 2014

Puisi : Diari luka

Assalamualaikum dan hai...


Sesungguhnya aku penat
Penat tanpa berlari
Aku semakin lelah
Perjalanan hidupku ini
Mungkin masih panjang
Atau mungkin selepas entri ini disiarkan
Roh ku pergi meninggalkan jasad yang kaku
Aku melihat
Aku mendengar
Aku merasai
Aku jadi bingung
Aku terdiam
Aku mengelamun
Sesungguhnya kesesatan tak pernah putus
Yang betul disalahkan
Yang salah diagungkan
Agamaku dipermainkan
Negaraku dipertaruhkan
Aku sedar aku bukan sesiapa dimata dunia
Tapi aku tahu aku khalifah di bumi tua ini
Tiada pangkat tiada status yang ku pegang
Untuk mempertahankan agamaku
Untuk mengamankan negaraku
Tapi aku ada satu senjata
Senjata itu tidak secanggih senjata dunia
Tapi senjata itu bisa menggongcang dunia
Hanya doa senjataku
Hanya doa yang dapat kupanjatkan kepada Allah
Agar agamaku, Islam kukuh sepanjang zaman
Agar negaraku, Malaysia aman dan tenteram
Aku penat
Aku lelah
Doaku untuk agamaku
Doaku untuk negaraku
Sehingga hela nafas terakhir
Kembalilah
kembalilah
kembalilah
Di jalan lurus
Di jalan menuju Allah Yang Satu





Tuesday 5 August 2014

Resepi : Spaghetti Bolognese Home Made

Assalamualaikum dan hai...

Resepi kali ni aku nak share western recipe by my mak. Selalu jugak lah mak masak spaghetti bolognese ni atas permintaan kami adik beradik. hehehe. Sekarang aku sendiri dah pandai buat. Bahan-bahan senang nak dapat. Cara nak buat pun senang. First time buat sem lepas dekat rumah sewa. Dapat pujian yang memberangsangkan gitu. Siap housemates mintak resepi masa hari raya lepas. hehehe. Okay meh aku senaraikan bahan-bahan nak buat spaghetti dengan cara-caranya sekali.

Bahan-bahan:
2 biji labu bawang besar holland (dipotong dadu)
2 batang lobak merah (dipotong dadu)
2 biji buah tomato (dipotong dadu)
2 batang saleri (tak da pun tak pe)
Isi ayam (potong kecik-kecik)
Daging kisar (goreng dengan minyak sedikit sehingga air daging tu kering)
Lada mesin
2 tin sos prego (tin warna hijau sebab dah ada cendawan dalam tu)
Sos cili
Minyak masak
Garam
Gula
Daun oregano
Air
Spaghetti jenis Angel Hair atau Vermicelli (jenis lain pun boleh tapi tak berapa sesuai dengan resepi ni sebab ia berkuah cair)










Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk sederhana besar. Bila minyak dah panas masukkan bawang holland yang dah dipotong dadu. Goreng sehingga kekuningan.



2. Masukkan lada mesin dalam 3 hingga 4 sudu besar. Masukkan gula secukup rasa.


3. Masukkan buah tomato yang dipotong dadu.


4. Masukkan daging kisar yang telah siap digoreng dan masukkan isi ayam yang telah dipotong kecik-kecik.



5. Kemudian masukkan sos prego tin warna hijau. 



6. Masukkan air. Mula-mula aku sukat air menggunakan dua tin sos prego. Tambahkan lebih air untuk cairkan kuah. Dekat sini boleh adjust nak kuah pekat atau cair.
7. Masukkan lobak merah dan batang saleri yang telah dipotong dadu.




8. Masukkan dua sudu besar sos cili.



9. Jangan lupa masukkan garam. Biarkan kuah mendidih dahulu kemudian masukkan daun oregano satu sudu kecil.
10. Spaghetti direbus dan ditoskan. Masa nak rebus spaghetti tu tambahkan sedikit minyak supaya spaghetti tak melekat. Siap untuk dihidangkan. Hidangan untuk 10-15 orang.




Bawang Holland

Sos Prego tin warna hijau ye sebab dah ada cendawan. Yang tin merah agak masam

Spaghetti Angel Hair

Spaghetti Vermicelli


Selamat mencuba :)


Sunday 3 August 2014

LISTS TO BOYCOTT ISRAEL PRODUCTS

Assalamualaikum dan hai...


Saya nak share lists untuk kita umat Islam boikot produk-produk daripada Israel. Jom kita sama-sama boikot barangan Israel. Sekurang-kurangnya ni usaha kita untuk membantu saudara kita di Palestine.



Shops & Clothing:
- Starbucks
- Tesco
- M&S
- Disney Shop
- McDonalds
- Hugo Boss
- Sunglass Hut
- GAP
- Giorgio Armani
- Calvin Klein
- Ralph Lauren
- Playtex
- Banana Republic
- River Island
- Timberland

Drinks:
- Coca Cola
- Fruitopia
- Fanta
- Kia Ora
- Lilt
- Sprite
- Sunkist
- Evian
- Volvic
- Nescafé
- Nesquik
- Perrier
- Vittel
Consumer & Toothpaste:
- Colgate Palmolive
- Darlie
- Pepsodent
- Lux
- Breeze
Foods & Chocolates:
- Nestle
- Maggie (Noodles)
- Buitoni
- Crosse & Blackwell
- KitKat
- MilkyBar
- Quality Street
- Smarties
- After Eight
- Aero
- Lion
- Polo
- Felix (Cat Food)
Makeup/Perfumes & Health:
- L'Oreal
- Clinique
- DKNY
- Prescriptives
- Origins
- La Mer
- Bobbi Brown
- Tommy (Perfume)
- Bumble & Bumble
- Kate (Cream)
- Johnson & Johnson (Baby Oil)
- Huggies
- Garnier
Others:
- Arsenal Football Club
- AOL
- Time Warner Time Life Magazine
- CNN
- Barbie
- Intel
- Motorola
- Kotex
- The Sun
- The Times
- Australian Newspapers
- National Geographic
- Star Channels (Indian)
- Sky
- Fox
- Nokia
- Standard Newspapers
- New York Post
- The Telegraph
- Independent

Buy Muslim first.