Sunday 17 August 2014

Blueberry oreo cheese cake (Tak payah bakar)

Assalamualaikum dan hai...


Malam Khamis yang lepas aku try lah buat cheese cake tanpa bakar ni atas permintaan mak. Selalu sebut-sebut tapi tak buat pun so hari tu buat lah. Kesian plak kat mak kan. Lagi pun cheese cake ni tak payah bakar pun. Tersangat senang nak buat.  Bahan-bahan pun sikit je dan senang nak dapat. So aku nak kongsi resepi blueberry oreo cheese cake. Blueberry tu nama tambahan aku bagi sebab topping dia aku gunakan jem blueberry. 


Bahan-bahan:
Biskut Oreo atau biskut Marie atau biskut Digestive 
1/4 cawan butter atau Marjerin 
250gram cream cheese
200ml whipping cream
3/4 cawan gula kastor (ikut kepada kemanisan sendiri kalau rasa manis kurangkan)
1 sudu tea esen vanila (nak letak esen lain pun boleh)
Gelatin masakan jenama halagel (2-3 sudu besar) (first try aku tak masukkan so second try nanti saya akan masukkan)
1 sudu tea pewarna (tak masukkan pun tak pe. Ikut kreativiti masing-masing. Aku masukkan pewarna hijau :p)

Cara-cara:
Base
1. Masukkan biskut ke dalam plastik dan hancurkan sehingga menjadi crumbs. Kalau nak senang beli terus crumbs oreo di kedai barangan kek macam aku :p
2. Cairkan butter atau marjerin
3. Gaulkan butter atau marjerin yang telah dicairkan bersama dengan crumbs.
4. Mampatkan crumbs yang telah digaul dengan butter ke dalam bekas
5. Masukkan bekas yang berisi crumbs ke dalam peti sejuk (anggaran 20 - 30 minit)

Crumbs oreo yang telah digaul dengan butter dan ditekan dalam bekas.
Adik cakap macam jalan tar -.-

Fillings:
1. Putarkan cream cheese dan gula kastor sehingga kembang.
2. Masukkan whipping cream dan esen vanilla.
3. Masukkan gelatin yang telah dicairkan.
4. Apabila semua dah kembang, masukkan crumbs oreo (tapi bukan yang digaul dengan oreo ye. Tak nak masukkan pun tak pe)
5. Kemudian tuangkan fillings ke atas base (hentak sikit bekas bagi fillings tu mampat)
6. Hias dengan oreo, coklat, jem (aku hias dengan jam blueberry)
7. Masukkan dalam peti ais dan biarkan selama 6 jam atau sebaiknya semalaman (aku buat malam dan esok dan boleh makan)

Filling dan jam blueberry


Berfungsi sebagai pemekat dan mengenyalkan kek
Orang biasa guna buat agar-agar
Cara guna: 
Cairkan serbuk gelatin menggunakan air panas


Filling yang dah dimasukkan ke atas base

Topping blueberry jam. Comot sebab tak letak gelatin

Satu bekas untuk bos. Satu bekas untuk si dia :p

Actually aku ambik resepi hasil daripada pertanyaan kepada Uncle Google. Aku ubah sikit ikut cita rasa sendiri. Aku tak ambik gambar step by step sebab nak cepat siapkan. Masa tu penat baru balik kerja. hehe. Selamat mencuba :D

Credit recipe to: Oreo Cheese Cake Tanpa Bakar


1 comment:

hayati suki said...

nampak mcm sedap je ni.. yg penting is mudah sgt..hehe :-)
tq tau sudi share resepi ni.