Monday 11 August 2014

Review makan-makan

Assalamualaikum dan hai...


Aku suka makan tapi aku tak makan daging dan kurang makan makanan yang pedas. Kecik-kecik dulu boleh makan daging tapi bila dah meningkat umur ni badan jadi mengada plak. Bau daging pening. Makan daging pening. Tapi takkan muda-muda ni ada darah tinggi kot kan? Nanti-nantilah doktor akan jumpa aku bukan aku pergi jumpa doktor. hahaha. Kadang boleh tahan pedas kadang pedas yang tak tahan dengan aku jadinya perut akan dipersalahkan. Bila makan makanan pedas mula lah selsema nak menyinggah. Paling tak best ia akan membantutkan selera makan. So kalau makan makanan pedas tak sampai lima minit dah lapar semula. Sadis betul! Aku suka makan sayur tapi aku suka makan ayam jugak. Aku boleh masuk dalam kategori vegetarian tak? hehehe. Housemates Aku pernah cakap aku pilih tomato macam pilih epal. kekeke. Ayat macam buat karangan sekolah rendah bertajuk "Aku dan makanan

Hari ni mood aku nak cerita pasal makanan je. Makanan yang pernah aku makan dan yang aku nak makan tapi belum dapat makan lagi. Hah macam mana tu? Sejak duduk dekat Kedah ni kegilaan pada makanan makin bertambah bertingket-tingket. Kerja nak makan je dan juga tido. kekeke. Korang tahu tak makanan dekat Kedah seriously murah-murah dan sedap! Tapi bab sedap tu kena pandai pilih tempat jugak lah. Overall tempat makan yang aku selalu pergi memang disajikan dengan makanan yang sedap dan harga berpatutan. Tak percaya eh? Hang mai Kedah baru hang percaya. 



Duduk dekat Kedah duit banyak habis dekat makanan je. Kos hidup dekat sini rendah so dapatlah berjimat cermat. Simpan duit untuk kawen dua tiga tahun lagi. Eh. hahaha. Dua tahun lagi nak habis belajar oiiii. Bila nak kawen ni? Okay bai lari topik. :p

Aku suka makan spaghetti bolognese yang mak aku buat dan sekarang aku pun dah pandai buat spaghetti bolognese macam mak aku buat tu. Ni resepi spaghetti bolognese homemade. Nanti korang cuba buat ye. Senang je nak buat.

Aku suka makan tomyam dan sayur kailan ikan masin. Dua-dua aku dah pandai masak sendiri tapi air tangan mak aku lagi sedap lah. Biasa kalau makan dekat luar memang tak lengkap makan tomyam tanpa sayur kailan ikan masin. Tapi tapi tapi ada sesetengah kedai aku order sayur kailan ikan masin tapi dapat sayur baby sawi ikan masin. Aku jenis yang malas nak bersoal jawab so makan je lah. Tapi banned terus kedai tu. hehehe.

Spaghetti carbonara yang sedap aku pernah makan dekat Restoran & Kafe Santai, Tanjung Lumpur Kuantan. Memang sedap spaghetti carbonara dekat situ. Restoran tu bukak dari petang sampai malam. Satu lagi dekat Palm Tree Coffee House, Kuantan pun best jugak carbonara tapi kering sikit lah. Dekat Santai carbonara dia ada kuah.

Sape suka makan ikan keli goreng? Mai datang Lembah Bujang, Sungai Petani Kedah! Kedai tu namanya Anjung Warisan berhadapan dengan MRSM Merbok. Ikan keli goreng dekat sini memang sedap. Besar, rangup, sedap dan murah. Tak silap harga RM3-RM4.50 kot. Biasa makan dengan nasi sekali so lupa plak harga untuk seekor. Seriously kat sini je aku jumpa ikan keli paling sedap. Biasa kedai-kedai lain jual ikan keli goreng kecik je yang goreng dengan kunyit. Selalunya aku makan nasi kosong, ikan keli goreng, bergedil, kuah tauhu jepun dan kerabu mangga. Dah tak pandang lauk lain dah. Makan hari-hari menu yang sama setakat ni tak muak lagi. Dekat setahun dah kat Kedah jadinya dekat kedai Anjung Warisan memang tu hidangan tetap aku. hehehe

Nasi kukus ada dekat merata tempat sekarang tapi tak semua tempat yang jual nasi kukus yang boleh memikat selera aku sampai duk terbayang-bayang je. First time makan nasi kukus masa diploma dekat KPMIM dulu. Si dia lah yang bawak makan nasi kukus tu dekat Jungle Food Court Kuantan. Nama nasi kukus tu Nasi Kukus Juna. Boleh dapatkan di Indian Town belakang Capital Mall ataupun di Jungle Food Court, Indera Mahkota Kuantan. Tapi kan dekat Jungle Food Court tu selalu ramai orang. Baru je mak cik-mak cik, kakak-kakak, abang-abang dekat kedai tu nak bukak pintu kedai dah beratur sampai ke parking orang menunggu. Hmm okay tipu je. hehehe. Memang ramai orang beratur menunggu tapi tak lah sampai  ke parking. Okay satu lagi tempat yang jual nasi kukus sedap dekat Lembah Bujang Fasa 5 Sungai Petani, Kedah. Nama dia Nasi Kukus Abe sebab Abe tu ore Klate. Kalau makan dekat situ order lah air apa pun semuanya hanya RM1. Nasi kukus plak RM5 sahaja. Apa tunggu lagi. P lah singgah kedai Nasi Kukus Abe tu. Dijamin makan sehingga menjiat tulang ayam. hahaha.


Chicken Chop! Fish and Chip! Nyam nyam sedapnya. Hanya dengan harga RM8 anda boleh makan chicken chop atau fish & chip yang sedap. Mai singgah dekat Sungai Petani ye kalau nak makan. Kedai dia nama Sri Anjung atau Sri Anggun atau Anjung Sri atau Anggun Sri. Maaf ye aku lupa plak nama kedai tu tapi kedai tu tepi jalan je. Jalan nak pergi ke Giant sebelah kiri, kalau straight nak pergi tol Sungai Petani Utara. Eh apa yang duk merapu pasal jalan plak. Selalu fail bagi direction. Tak reti lah nak bagi lokasi kedai tu. Kedai tu memang tepi jalan dan sebelah ada sawah padi. Housemates panggil kedai bendang. Kalau teringin nak makan dekat situ aku akan cakap "Jom makan dekat bendang" Sebab tu nama kedai tu pun boleh lupa. hehehe. Tukang masak semuanya makcik-makcik. Kira orang veteran lah yang pakar masak memasak ni. Gadis-gadis bertudung labuah yang ambik order, kadang ada jugak lelaki yang ambik order tapi jarang nampak. Bukan masakan western je sedap. Masakan panas pun sedap. Harga sangat berpatutan. Kandungan makanan sangat banyak. Rasanya satu pinggan boleh dua orang makan. Selalu je makan tak habis bukan sebab tak sedap tapi banyak sangat. 

Kalau ikutkan memang banyak lagi nak review tapi cukup lah setakat ni dulu. Kemungkinan ada review makan-makan part 2 plak. So stay tune ye. Selamat membaca dan selamat meleleh air liur bagi yang baca entry ni time tengah lapar. kekeke. :D


No comments: