Tuesday 23 September 2014

Student, luggage dan cuti

Assalamualaikum dan hai...

Aku student dan aku ada masalah dengan luggage bila nak balik cuti sem. Bukan cuti sem je tapi kalau cuti seminggu pun bermasalah dengan luggage ni. Luggage tak besar mana tapi nak sumbat semua benda. 

Dekat rumah ada je baju-baju dan keperluan lain tapi bila bukak drawer nak pilih baju mana yang nak bawak balik mesti terfikir baju ni kena bawak balik nanti nak pakai bila mak ajak keluar beli barang, baju tu untuk keluar dengan kawan-kawan dan dress tu kalau tetiba masa cuti tu ada majlis apa-apa ke boleh pakai. Kasut kena bawak balik jugak sebab sesuai pakai dengan dress tapi dekat rumah memang dah ada kasut  tapi nak jugak bawak balik *sign *terfikir macam mana lelaki settlekan luggage dorang ek?

Cuti sem sebulan lebih dan dah siap planning kalau keluar nak pakai baju apa, kasut apa, tudung warna apa. So semuanya nak kena masukkan sekali dalam luggage tu. Masa kemas-kemas tu rasa macam semuanya akan guna sepanjang cuti sem tapi hakikatnyaaa tersadai dalam luggage dari mula sampai rumah sampai lah habis cuti sem *sigh. 





Bila dah jadi macam tu memang rasa menyesal bawak balik barang banyak-banyak terutamanya baju dan tudung. Dan akan terdetik lepas ni bawak balik barang atau pakaian yang perlu je tapiii sama je setiap sem *stress. Biasalah perempuan kan. hehehe. Sama je kalau nak pergi mana-mana pun even dua tiga hari je. Semuanya nak sumbat dalam luggage. Kalau boleh nak bawak almari baju terus. hahaha. 

So aku jumpa jalan penyelesaiannya. Macam mana? Meh tengok gambar sebab kalau nak explain memang korang tak akan fahamnya. hehehe. Tapi versi English ye. Credit to Google :)
















So macam mana? Dah dapat idea macam mana nak sumbat semua benda dalam luggage tapi lebih tersusun kemas? Actually sebelum ni aku selalu guna cara gulung baju tu. Dengan baju kurung sekali kena gulung. Dah macam kek gulung. haha. Cuti sem nanti boleh lah apply cara atas tu. Eh. Seminggu lebih lagi cuti raya haji so boleh try masa tu jugak lah even balik seminggu je. Selamat mencuba :)

Wednesday 10 September 2014

Semester baru

Assalamualaikum dan hai...


Minggu pertama semester baru macam-macam jadi. Macam-macam perasaan rasa. Suka, takut, marah, terkilan, kecewa, bersemangat dan macam-macam lah yang rasa. Kadang nak buat macam tak ada perasaan *sigh




Sem ni aku balik rumah sewa awal. Kenapa? Housemates cakap balik hari Khamis so aku pun rasa nak balik Khamis tu jugak sebab kesian kat dia sorang. Last minute dia cakap balik Jumaat sekali dengan family. Yang sorang lagi balik Jumaat jugak sebab ada hal. Okay speechless kejap. Dah fikir macam-macam. Fikir positif sebab kali ni kena belajar berdikari sekejap. Tak selalu orang ada dekat dengan kita. Belajar bersendiri. Eh apa yang duk mengarut ni. -.- Biasa balik utara hari Jumaat malam, pukul 9 dengan bas Swarna Bumi. Saja bagi detail sebab selalunya memang macam tu. hehehe. Sem ni aku balik hari Khamis malam dan sampai awal pagi Jumaat. Biasa balik rumah sewa ada orang tapi kali ni tak ada orang. Sunyi sepi. Kali ni habis beranikan diri. Parents pun pelik kenapa balik awal. Dari stesen bas ke rumah naik teksi. Memang biasa naik teksi tapi disebabkan ingat dekat rumah tak ada orang so rasa cuak jugak lah. Alhamdulillah pak cik teksi hantar straight ke rumah. Biasa sampai rumah terus mandi, solat subuh then sambung tido. Kali ni tak mandi, solat subuh dulu dan tak tido terus. Rumah dan bilik berhabuk dan sawang penuh sana sini. Tu nasib baik sebulan lebih je tinggal. Kalau tiga bulan agak-agak macam mana ye rupanya? huhuhu. Mula-mula kemas bilik dulu. Buang sawang-sawang, lap almari yang berhabuk. Selesai kat bilik kemas rumah plak. Duk melompat-lompat buang sawang. Best! Pengalaman pertama bersih sawang sambil lompat-lompat. bhahaha. Siap kemas rumah baru lah boleh mandi. Sejuk gilaaa air sebab sekarang dekat sini musim hujan. Panaskan nasi arab yang mak bekalkan, makan then tido. 

Hari Sabtu malam kira semua housemates dah ada dekat rumah. Ada housemates baru masuk. Kita orang keluar nak pergi makan tapi sebelum pergi makan tu singgah home stay yang housemates baru tu. Bawak dia dan family tunjukkan rumah kita orang then transfer barang-barang dia. Balik tu roomates aku dah sampai. Siap transfer barang tu baru kita orang pergi makan. Housemates baru tu stay dengan family dia malam tu dekat home stay. Just tinggal roomates dekat rumah. Ujian buat aku sebab tinggal phone baru dekat rumah. Phone tu dalam keadaan yang sangat baik. Aku letak atas almari. Bukan main letak je atas almari tu. Letak dekat tempat yang selamat dan possibility phone tu nak jatuh sangatlah mustahil. Tapi entah macam mana boleh crack tempered glass tu. Benda tu pun bukan murah. Alangkan nak kuarkan RM10 pun fikir banyak kali. Ni kan pulak RM10 ke atas. Melayangggg duit awal-awal sem ni. Seriously terkilan dan kecewa. Tak nak menuduh tapi entah lah. Kalau lah screen phone yang crack sekali memang dah mengamuk lah. Benda tu nak tukar beribu jugak. Mungkin harga lebih mahal dari phone tu sediri. hmmm


Minggu pertama biasa lah kelas akan clash dengan budak diploma. Minggu pertama dengan kedua memang kita orang suka dan sangat berharap kelas clash. bhahaha. Kalau clash maknanya kita orang kena bagi budak diploma yang masuk dan kita orang secara automatiknya tak ada kelas. Tu yang suka sangat tu kalau kelas clash. Perangai macam budak-budak lagi. hehehe. Kita orang 14 orang ni special sikit. Dari awal daftar untuk degree dan sampai lah habis sem 8 nanti kita orang 14 orang ni akan stick together dalam satu kelas. Suka ke tak suka ke memang kena duduk dalam satu kelas je. Sem ni bermasalah sikit sebab kita orang ingat dah boleh pilih mana-mana kelas but then pergi jumpa koordinator katanya kita orang akan stay kelas A sampai sem 8. Oh maaaiii. Masa pendaftaran subjek dah buka kita orang sebenarnya pilih kelas B sebab kelas tu jadual cantik. Kelas banyak pagi. Tapi jadual kelas A kelas more kepada petang. Pagi tak ada kelas. Sanggup bangun pagi pergi kelas daripada lemau-lemau time petang. Aku kalau kelas petang ni kurang sikit. Lecturer mengajar kat depan, mata kecik besar kecik besar tengok slide dan tunggu masa nak terpejam je. huhuhu. Kiranya kita orang dah daftar kelas B lah. Kemudian kena tukar kelas A. Tapi yang dah masuk kelas A tak nak pergi ke kelas B. Jadinya antara kita orang yang 14 orang ni ada yang tak dapat daftar masuk kelas A lagi. Officially, kelas tu adalah kelas kita orang berempat belas ni. Jadi hura hara plak. Tak pe kita tengok macam mana lepas ni. Sebab yang masuk kelas A tu pun ada yang daftar kelas B tapi nak jugak masuk kelas A sebab nak stay dengan kawan-kawan sem lepas -.-

Wednesday 3 September 2014

Menyepi dan kembali

Assalamualaikum dan hai...

Dah masuk bulan September. Cepat kan masa berlalu? Diam tak diam dah hampir ke akhir tahun 2014. Tiga bulan je lagi kot nak habis tahun 2014 ni. Maknanya tinggal setahun setengah lagi nak habiskn degree. In shaa Allah. Doakan aku habiskan degree mengikut tarikh yang sepatutnya ye :) Hampir dua minggu tak update blog. Dalam dua minggu tu macam-macam jadi. 

Dua minggu lepas busy dengan kerja-kerja yang kena siapkan sebelum kedatangan Auditor. Seriously memang kelam-kabut nak uruskan dokumen-dokumen yang dorang nak. Sebenarnya kita orang tak faham sangat apa yang Auditor tu nak tapi buat lah jugak daripada tak ada kan. Tekan-tekan kalkulator berkali-kali untuk make sure nilai yang dalam dokumen tu dengan penyata sama. Then kena cari plak mana dapat nilai yang ada dekat penyata tu. Sediakan dokumen yang berkaitan. Gilaaa banyak kerja nak buat. Dari pagi sampai petang. Lunch pun tak kuar. Makan apa yang ada je. Memang minggu tu berkurung dalam ofis je lah. Tengah-tengah sibuk nak siapkan dokumen-dokumen yang Auditor tu nak, datang plak tender. Haaa masa tu kita orang memang dah pening mana satu nak buat. Terkejar-kejar. Plak tu aku dengan bos yang kena buat semua tu. Jadinya minggu tu minggu paling busy, penat dan pening kepala sepanjang aku kerja dekat situ. huhu. Selasa minggu depan tu Auditor nak datang dah so nak tak nak kena buat jugak even ada yang tak dapat lengkapkan.


Minggu yang seterusnya kita orang sambung lagi sediakan apa yang patut. Hari Isnin tu jugak aku terlibat dengan kemalangan masa on the way balik kerja. Biasanya ayah sedara singgah isi minyak then singgah pasar malam. Kira memang routine lah setiap hari singgah mana-mana pasar malam atau pasar tadi. Masa hari kejadian dah berhenti tepi jalan tapi mak sedara tak nak turun sebab masa tu hujan lebat. So ayah sedara jalan teruslah. Katanya nak beli nasi dekat area rumah je. Kiranya hari tu kita orang tak singgah mana-mana. Masa lalu jalan dekat dengan balai polis kita orang terlibat dengan kemalangan. Kereta terbalik. Masa tu aku duduk belakang mak sedara sambil baca buku online. Tetiba dengar bunyi something then tengok kereta dah ke kiri kemudian terbalik ketepi sebelah pemandu. Masa tu otak kosong. Pandang atas tengok ramai dah orang duk ketuk-ketuk cermin kereta. Dorang tak boleh bukak kereta dari luar sebab auto lock kereta ayah sedara tu. Entah macam mana boleh bukak then kita orang panjat keluar dari kereta. 

Masa duduk tepi kereta tu tengok orang makin ramai dan polis pun datang. Tak sampai lima minit hujan turun selebat-lebatnya. Ada lelaki baik hati tumpangkan kita orang dekat rumah dia. Kebetulan rumah dia dekat area tempat kemalangan je. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong kami dan terima kasih sebab tumpangkan kami dekat rumah :)  Kepala masih kosong. Tak tahu nak cakap apa masa tu. Call mak tapi mak sedara yang cakap. Tangan terketar-ketar sikit. Mak dengan ayah yang ambik kita orang. Malam tu pergi hospital buat check up dengan mak sedara. Ayah sedara pergi buat report. Huishhh gila lama buat check up. Lebih kurang tiga jam. Kena buat xtray semua. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang serious. Masa tu aku tak rasa sakit sangat. Just kepala je lah rasa berat sebab terhantuk dekat cermin. Mak sedara lah teruk sikit sebab tercampak dari tempat duduk dia ke bahagian sebelah pemandu. Bengkak kaki dan pinggang. Ayah sedara okay je. 

Esoknya boleh lagi pergi kerja. Mak sedara dapat cuti tiga hari. Aku tak dapat cuti sebab tak teruk sangat. Pagi tu pergi kerja si dia yang ambik. hehe. Dan hari tu tiba masanya Auditor datang. Bos dan gelisah. Aku relax lagi duk online. hehehe. Bos besar ada sekali. Dorang duk bincang ada lah dalam sejam jugak. Disebabkan ada dokumen yang tak siap lagi, Auditor tu dengan baik hati bagi masa untuk buat dan dorang akan datang lagi keesokannya. Hari tu pulun lagi siapkan kerja. Berpinar-pinar mata kira gaji pekerja. 

Keesokannya celik je mata kepala rasa berat ya amat. Badan gerak sikit pun sakit gila. Sudahhh macam mana nak pergi kerja. Seriously tenaga semua habis. Gerak sikit sakit. Text bos bagitahu tak dapat pergi kerja. Rasa bersalah plak sebab kerja ada tak siap lagi. Nak buat macam mana sakit datang mengejut. Tengah hari tu pergi buat check up lagi takut ada side effect sebab doktor cakap kalau 3 4 hari ada muntah-muntah demam ke apa pergi jumpa dia. Alhamdulillah tak ada apa. Tapi sebeban doktor bagi ubat. Hailaaa nak plak makan ubat tu kan. huhuhu. Dari hari Rabu sampai Jumaat tak pergi kerja. Plak tu minggu tu last kerja. Duduk rumah tiga hari berturut-turut kena berurut. Alhamdulillah lepas berurut dah semakin baik. Cuma selera makan menurun. Agaknya balik Kedah nanti bertambah balik selera makan. huhuhu. 

Hmmm esok malam dah kena balik Kedah :( Tak cukup cuti sebulan lebih je. Tak silap sem kali ni tak banyak cuti kot. Bulan depan je lah cuti seminggu sebab Raya Haji. Lepas tu tak ada cuti lama-lama dah. Tak pe lah kurang cuti makin cepat habis belajar :D