Wednesday 3 September 2014

Menyepi dan kembali

Assalamualaikum dan hai...

Dah masuk bulan September. Cepat kan masa berlalu? Diam tak diam dah hampir ke akhir tahun 2014. Tiga bulan je lagi kot nak habis tahun 2014 ni. Maknanya tinggal setahun setengah lagi nak habiskn degree. In shaa Allah. Doakan aku habiskan degree mengikut tarikh yang sepatutnya ye :) Hampir dua minggu tak update blog. Dalam dua minggu tu macam-macam jadi. 

Dua minggu lepas busy dengan kerja-kerja yang kena siapkan sebelum kedatangan Auditor. Seriously memang kelam-kabut nak uruskan dokumen-dokumen yang dorang nak. Sebenarnya kita orang tak faham sangat apa yang Auditor tu nak tapi buat lah jugak daripada tak ada kan. Tekan-tekan kalkulator berkali-kali untuk make sure nilai yang dalam dokumen tu dengan penyata sama. Then kena cari plak mana dapat nilai yang ada dekat penyata tu. Sediakan dokumen yang berkaitan. Gilaaa banyak kerja nak buat. Dari pagi sampai petang. Lunch pun tak kuar. Makan apa yang ada je. Memang minggu tu berkurung dalam ofis je lah. Tengah-tengah sibuk nak siapkan dokumen-dokumen yang Auditor tu nak, datang plak tender. Haaa masa tu kita orang memang dah pening mana satu nak buat. Terkejar-kejar. Plak tu aku dengan bos yang kena buat semua tu. Jadinya minggu tu minggu paling busy, penat dan pening kepala sepanjang aku kerja dekat situ. huhu. Selasa minggu depan tu Auditor nak datang dah so nak tak nak kena buat jugak even ada yang tak dapat lengkapkan.


Minggu yang seterusnya kita orang sambung lagi sediakan apa yang patut. Hari Isnin tu jugak aku terlibat dengan kemalangan masa on the way balik kerja. Biasanya ayah sedara singgah isi minyak then singgah pasar malam. Kira memang routine lah setiap hari singgah mana-mana pasar malam atau pasar tadi. Masa hari kejadian dah berhenti tepi jalan tapi mak sedara tak nak turun sebab masa tu hujan lebat. So ayah sedara jalan teruslah. Katanya nak beli nasi dekat area rumah je. Kiranya hari tu kita orang tak singgah mana-mana. Masa lalu jalan dekat dengan balai polis kita orang terlibat dengan kemalangan. Kereta terbalik. Masa tu aku duduk belakang mak sedara sambil baca buku online. Tetiba dengar bunyi something then tengok kereta dah ke kiri kemudian terbalik ketepi sebelah pemandu. Masa tu otak kosong. Pandang atas tengok ramai dah orang duk ketuk-ketuk cermin kereta. Dorang tak boleh bukak kereta dari luar sebab auto lock kereta ayah sedara tu. Entah macam mana boleh bukak then kita orang panjat keluar dari kereta. 

Masa duduk tepi kereta tu tengok orang makin ramai dan polis pun datang. Tak sampai lima minit hujan turun selebat-lebatnya. Ada lelaki baik hati tumpangkan kita orang dekat rumah dia. Kebetulan rumah dia dekat area tempat kemalangan je. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong kami dan terima kasih sebab tumpangkan kami dekat rumah :)  Kepala masih kosong. Tak tahu nak cakap apa masa tu. Call mak tapi mak sedara yang cakap. Tangan terketar-ketar sikit. Mak dengan ayah yang ambik kita orang. Malam tu pergi hospital buat check up dengan mak sedara. Ayah sedara pergi buat report. Huishhh gila lama buat check up. Lebih kurang tiga jam. Kena buat xtray semua. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang serious. Masa tu aku tak rasa sakit sangat. Just kepala je lah rasa berat sebab terhantuk dekat cermin. Mak sedara lah teruk sikit sebab tercampak dari tempat duduk dia ke bahagian sebelah pemandu. Bengkak kaki dan pinggang. Ayah sedara okay je. 

Esoknya boleh lagi pergi kerja. Mak sedara dapat cuti tiga hari. Aku tak dapat cuti sebab tak teruk sangat. Pagi tu pergi kerja si dia yang ambik. hehe. Dan hari tu tiba masanya Auditor datang. Bos dan gelisah. Aku relax lagi duk online. hehehe. Bos besar ada sekali. Dorang duk bincang ada lah dalam sejam jugak. Disebabkan ada dokumen yang tak siap lagi, Auditor tu dengan baik hati bagi masa untuk buat dan dorang akan datang lagi keesokannya. Hari tu pulun lagi siapkan kerja. Berpinar-pinar mata kira gaji pekerja. 

Keesokannya celik je mata kepala rasa berat ya amat. Badan gerak sikit pun sakit gila. Sudahhh macam mana nak pergi kerja. Seriously tenaga semua habis. Gerak sikit sakit. Text bos bagitahu tak dapat pergi kerja. Rasa bersalah plak sebab kerja ada tak siap lagi. Nak buat macam mana sakit datang mengejut. Tengah hari tu pergi buat check up lagi takut ada side effect sebab doktor cakap kalau 3 4 hari ada muntah-muntah demam ke apa pergi jumpa dia. Alhamdulillah tak ada apa. Tapi sebeban doktor bagi ubat. Hailaaa nak plak makan ubat tu kan. huhuhu. Dari hari Rabu sampai Jumaat tak pergi kerja. Plak tu minggu tu last kerja. Duduk rumah tiga hari berturut-turut kena berurut. Alhamdulillah lepas berurut dah semakin baik. Cuma selera makan menurun. Agaknya balik Kedah nanti bertambah balik selera makan. huhuhu. 

Hmmm esok malam dah kena balik Kedah :( Tak cukup cuti sebulan lebih je. Tak silap sem kali ni tak banyak cuti kot. Bulan depan je lah cuti seminggu sebab Raya Haji. Lepas tu tak ada cuti lama-lama dah. Tak pe lah kurang cuti makin cepat habis belajar :D

No comments: