Sunday 10 August 2014

Sakit

Assalamualaikum dan hai...


Lately cuaca semakin panas. Keluar je dari rumah memang berbahang. Eh duduk dalam bilik pun berbahang jugak sebab bilik aku cahaya matahari masuk time tengah hari. Pasang kipas nombor tiga pun tak jadi apa. Terik betul. Jadinya demam, selsema dan batuk senang je melekat. Tambah pula dengan sakit kepala. Aku plak jenis yang kena panas sikit memang sakit kepala. Tu belum lagi tengah panas dengan ramai orangnya dan bunyi bising memang complete untuk sakit kepala sampai ke malam. Kadang sampai dua tiga hari. Sebab tu lah aku jarang pergi tempat yang ramai orang time cuaca panas. Bila dah sakit kepala tu senang je nak marah orang. Salah sikit memang rasa nak mengamuk je. hehehe

Time sakit memang orang akan cari ubat kan? Tapi aku akan jauhkan diri daripada ubat. Nak telan ubat tu ambik masa agak lama daripada orang normal makan ubat. Aku hanya makan ubat kalau betul-betul tak tahan sakit dan kena paksa makan dengan syarat-syarat tertentu. kekeke teruk benor. Makan ubat plak mesti dekat singki dan sediakan segelas penuh air kosong. Agak-agak ubat tu susah sangat nak telan dan pahit ubat tu terasa memang buang terus. Tapi kira makan lah jugak tu kan sebab dah terasa sikit pahit ubat tu. hewwww. 

Si dia suggest makan ubat batuk Hurix's gamat dan madu. Rasanya berangin dan manis-manis madu tapi pekat gila. Telan je lah sebab nak cepat sihatkan. Cuti sem ni pun tinggal berapa minggu je lagi so takkan nak biarkan diri tak sihat. 

 

Ubat ni boleh dibeli di farmasi, seven eleven atau kedai runcit yang ada jual ubat ni lah. Ubat batuk Hurix's Gamat & Madu Plus ni berfungsi untuk mengurangkan kahak, melegakan batuk, sakit tekak, suara serak, panas badan dan selsema. Aku beli dengan harga RM10.90/60ml di farmasi, percuma Lozeng satu paket yang ada 6 biji. Lozeng ni plak berfungsi untuk melegakan sakit tekak, bau nafas, mengurangkan kahak, melegekan batuk dan panas badan. Kira lebih kurang sama fungsinya dengan ubat batuk Hurix's lah. Tapi Lozeng ni dalam bentuk tablet. Cara makan dia macam budak-budak makan vitamin, hisap sehingga cair. 

Ubat batuk Hurix's ni tak buat kita mengantok. Biasa ubat batukkan memang akan buat kita melayang-layang sampai tertido tapi ubat ni tak pun. Rasa segar ada lah. Tu apa yang aku rasa lepas makan ubat ni. Aku beli yang kecik, 60ml. Kena makan 3 hingga 4 kali sehari. Hah terkejut tak? Time baca instruction dekat kotak tu aku sendiri terkejut sebab kena makan 3 hingga 4 kali sehari, tak kira dewasa atau kanak-kanak. Tapi dos untuk dewasa dan kanak-kanak berbeza lah. Tapi kira okaylah sebab tak buat kita mengantok. Si dia makan ubat ni untuk kurangkan panas badan sebab dia tu kalau tak pantang sikit mesti demam. Bukan lah dia pantang mengandung. Lelaki mana mengandungkan. huhuhu. Dia kena pantang sebab ada sakit tonsil. Tak boleh makan daging kambing yang tak fresh (import), ais, cendol dan macam-macam lah. Kesiannnn. 

Musim-musim yang tak menentu sekarang ni kena banyak minum air kosong. Kalau sakit seboleh-bolehnya elakkan makan panadol paracetamol, panadol aktif fast atau panadol soluble. Panadol ni tak elok untuk badan dan ada kajian menyatakan bahawa panadol ni duduk dalam badan kita selama lebih kurang 5 tahun. Ambik panadol berlebihan boleh mengundang penyakit lain seperti buah pinggang. Cuba cari alternatif lain untuk kurangkan kesakitan yang korang alami tu ye. Jaga diri, jaga kesihatan dan ingatlah orang yang sayangkan kita dan orang yang kita sayang. Sekian pesanan aku. Semoga sihat-sihat selalu :)

No comments: