Friday 17 October 2014

Sebuah puisi nombor

Assalamualaikum dan hai...


Dari zaman diploma
setiap semester aku target 3.4 dan ke atas
dan aku idamkan juga 4 rata
pernah sekali hampir 4 rata
tapi 0.04 jadi penghalang
dan akhirnya 4 rata milik aku
kerana 3 bulan menjalani latihan industri
kini aku di zaman ijazah
aku tetap sama
masih target 3.4 dan ke atas
dan aku idamkan lagi 4 rata
aku pernah jatuh
jauh daripada apa yang disangka
tapi itu bukan pelemah semangat
baru gagal sekali
bukan penghalang untuk aku terus menjadi lemah
In shaa Allah masih berbaki 4 semester
aku masih target 3.4 dan ke atas
dan aku masih degil idamkan 4 rata
peluang masih ada
kerana Allah bersama aku
kerana aku tahu mak dan ayah doakan aku
kerana aku tahu aku tauladan adik-adikku
kerana aku tahu kawan-kawan ada membantu
kerana aku tahu si dia menyokong aku
kerana aku tahu aku kuat
kerana aku tahu aku boleh


*puisi budak akaun-sebuah puisi nombor :)